Khamis, 21 Oktober 2010

Sentiasa Rasa Bagus

Dunia zaman sekarang nih, makin maju makin ramai orang yang berlagak. Makin banyak hasil yang ada, makin menjadi-jadi angkuhnya. Bila dah makin kaya, makin lupa asal usul sendiri. Kenapa semua nih terjadi pada zaman sekarang?? Dunia makin tak menentu. Dalam hadith H.R. Abu Daud dan Tirmizi berkata..

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Pada hari ini, aku mampu lihat ramai yang leka dan lalai dengan suruhan Allah s.w.t. Sedangkan yang menciptanya adalah Allah. Memberikan nya hidup.. nyawa untuk bernafas, rezeki dengan bekerja. Semuanya adalah aturan yang Allah berikan pada kita. Kekadang kita tak sedar yang keinginan kita terlalu melampui batas sehinggakan yang miskin yang tak berdaya ditindasnya dengan begitu licik dan kejam. Tapi itu semua hanya untuk seketika. Allah pasti akan tarik balik keangkuhan yang telah kau tunjukkan pada mereka yang tak berdaya. Hadith H.R. Bukhari berkata..

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".

Bersyukurlah dengan kejayaan yang Allah berikan pada kita. Jangan terlalu bangga dan bongkak dengan apa yang kita miliki. Allah maha Mengetahui segalanya. Yang baik itu adalah dari Allah. Yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.




Related Posts with Thumbnails