Ahad, 12 Disember 2010

Akhir Sebuah Cerita..NOTED

Aku nak buat annoucement dalam site aku nih boleh tak? terasa dah terlalu lama menyepi dari mengupdatekan blog aku nih. hehehe... aku bukan busy pon cuma masa untuk on9 terlalu kureng.. Skank nih baru boleh ngadap laptop.

Aku kini kembali "SINGLE" noted!!!! hahaha... Papepon, keadaan aku skank nih lebih tenang n dah tak berserabot cam dulu. Besa la..bila Pelamin angan ku musnah!! Jiwa kompom kacau kan. Tapi aku alhamdulillah, tuhan maha segalaNya bagi aku. Dia telah tunjukkan semua petunjuk pada aku, tapi aku endahkan jew. Sampai satu tahap, segalanya terlepas camtuh je. Baru la aku paham kenapa semua tuh terjadi dalam hidup aku. AKU TAK MAKAN SAMAN!!! kalu boleh apa yang aku rase akan terjadi pada diri aku...aku nak redah je. Bagi aku tuh kuasa Allah.. Itu kehendak Allah. Jika terjadi dan Selamat.. bersyukurlah Engkau.. Allah memberi ujian.. Engkau sebagai manusia hanya perlu menghadapinya dengan penuh kesabaran dan tabah. Terima Kasih padaMu Ya Allah..Kalau bukan kerana kerjaMu, Aku masih lagi memandang kebawah sahaja.

Aku pon teringat dalam satu lagu nih..

Tak mampu lagi diri kupaksakan
Untuk tak pergi darimu
Tak sanggup lagi diriku bertahan
Untuk hidup bersamamu

Walau sesungguhnya diriku ini
Teramat sayang padamu
Dan sejujurnya aku menyadari
Tiada mudah

Bagi diriku melupakanmu
Menghapuskan bayangmu
Tak mudah pula bagi diriku
Untuk tak membencimu

Lelah diriku mencoba
Mempertahankan semua demi cinta
Walau terkadang diri rendah terhina

Namun diriku tak kuasa
Menerima pengkhianatan cinta
Langkah terbaik hanyalah berpisah

Biarlah cinta dan kenangan
Terkubur bersama luka
Namun tak akan ku biarkan
Diriku berputus asa

Tak mampu lagi diri kupaksakan
Untuk tak pergi darimu
Tak sanggup lagi diriku bertahan
Untuk hidup bersamamu

Walau sesungguhnya diriku ini
Teramat sayang padamu
Dan sejujurnya aku menyadari
Tiada mudah

Bagi diriku melupakanmu
Menghapuskan bayangmu
Tak mudah pula bagi diriku
Untuk tak membencimu

Tak mampu lagi diri kupaksakan
Untuk tak pergi darimu
Tak sanggup lagi diriku bertahan
Untuk hidup bersamamu

huh!! memang layan gak aku ngan lirik nih. Aku rela mengundur diri. Wanita yang kuat bukan bermakna mengundur diri kerana kalah atau takut. Juga bukan kerana diri nih lemah. Tapi wanita memang kaum yang lemah.. Aku kene pikir panjang sebab risiko yang aku amek adalah masa depan aku. Bukan kehidupan untuk 2,3 hari.. Tetapi untuk hidup kekal di atas muka bumi Allah sebagai SuamiIsteri yang mithali dan diRedhai Allah.

Allah telah bukakan mata ku dengan penglihatan yang rabun nih. Dengan begitu luasnya aku mengadap dengan penuh tenang dan sabar. Sakit tetap sakit.. Sakit lagi seksaan yang bakal kita hadapi.

Isnin, 1 November 2010

Melihat Allah Di Syurga Di Hari Kiamat

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.

Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”

Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.

Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.

Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.

Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.

Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isa memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.

Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.

Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.

Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.

Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.

Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]

Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Pengalaman mengajar Aku

Perit bila simpan dalam hati.. Perit bila tak mampu nak luahkan pada orang. Memang peritlah... Kenapa lah payah sangat aku nak meluah rasa dekat orang nih. Tapi nak meluah tuh, aku perlu mengenali isi hati orang dulu. Mana boleh nak men hentam criter kat sesape sesuke hati. Bila bercerita.. ibarat tuh bawak maruah sendiri. Orang menilai kita dari cerita kita. Orang lain mampu buat apa sahaja tuk memburukkan kita sebab ada banyak cerita pasal kita. Cukuplah sekali aku mengalami keperitan yang teramat sangat.. bila kawan yang aku percaya, memburukkan aku depan kawan-kawan aku yang lain. Dah lah burukkan aku.. jatuhkan maruah aku lagi lak tuh. Padahal aku tak pernah bercerita pape pon kat dia. Yang dia suka sangat tokok tambah cerita tuh pe sal ek.. Nak cari populariti ke ape..??? Thank to my pren coz story semua crite tuh kat aku. Kalu tidak.. aku stil percayakan dia lagi. Masih ada lagi kawan yang sanggup tikam kawan dari belakang kan. Nih kompom hidup dia tak pernah sempurna... Sebab dengki dengan orang yang lebih baik dari dia. hehe~~ (*_*)

Ermm~~ Aku mungkin tak reti nak meluah rasa apa yang terbuku dihati aku. Dan mungkin perit untuk aku bercerita. Sebab aku tak mahu orang terasa dengan kata-kata aku. Mungkin cara aku silap sebab menggunakan medium FB untuk meluahkan kata. Tapi, kau rujuk kepada
+Positif part. Aku pedulikan apa yang orang kata!! Tapi.. apa yang baik datang mulut orang aku terima sebagai teguran dengan baik. Ofcoz aku "Open Minded". Bukan nak berlagak.. Teguran tuh ibarat nasihat yang menampakkan rupa dan perangai seseorang. Even kau berkata aku nih @%$^% dekat sesiapa saja.. Aku tak kesah. Aku mengenali diri aku dengan baik dan paham diri aku dengan baik. Bukan aku nak bangga aku nih boleh berubah dengan cepat atau bangga dengan kebolehan yang aku ada. Yang mane buruk.. cuba amek sebagai peringatan bahawa kau tak mahu aku buat macam tuh. So, cuba berubah. Perubahan bukan yang dengan sekelip mata. Tapi kaji dulu sikap diri sendiri. Cuba mintak pendapat dengan kengkawan yang lain. Supaya aku boleh compare macammane diri aku yang sebelom dan sekarang. Siapa je yang boleh nampak silap aku..?? Siapa lagi yang boleh menilai aku dengan baik?? kalau bukan kawan yang mengenali aku. Tak kira sesiapa yang tegur aku. Tapi orang salah tafsir, sebab aku tak boleh terima teguran!! Dan dengan senangnya bercerita dengan sesiapa sahaja yang dia suka tanpa memilih orang. Yang penting ko mampu untuk meluah kata. Memang silap bila buat perkara camtuh. Ibarat ko membuka mata orang untuk melihat keburukan.. kelemahan dalam diri ko sendiri. Kau bercerita dengan bangganya.. sedangkan orang yang mendengar dah kompom pandang slek kat aku. Dan orang tuh juga cuba memikirkan yang -Negative & +Positive pasal apa yang kau bercerita. Itupon bagi orang yang ada otak.. yang dah matang. Baru boleh Open dengan kata-kata orang. Baru boleh membezakan yang mana baik dan yang mana yang buruk.

Bagi aku nih pengalaman untuk aku cuba mengenali diri aku dengan baik dan cuba sempurnakan hari-hari aku dengan baik. Aku tak kesah apa yang orang kata. Tapi.. memang tipu la kalau aku kata aku tak terasa dengan perbuatan orang. Terasa tuh memang ada la. Dah la air mata aku senang je nak mengalir cam air terjun je. Bukan bermaksud aku mengalah.. atau memang 100% silap aku. Yang mana silap aku.. aku mengaku. Aku bukan peguambela yang hari2 perlu membela diri depan mahkamah. Aku hanya berdiam diri sahaja. Itu menandakan aku tak mahu benda buruk berlaku. Aku tak mahu ia berpanjangan. kalu ko nak aku sujud mintak maaf.. itu bukan aku. Aku mungkin akan mengeluarkan ungkapan 'Mintak Maaf' even bukan silap aku.. Lebih baik mengalah dengan orang yang tak reti bahasa. Tuh je la cara aku.

Mendiamkan diri lebih baik dari berkata. Ko nak cakap aku ntahhapehapentah pon. Suka hati ko lah. Tuh mulut ko. Hak ko nak berkata apa.

Menghargai?? Apa yang perlu dihargai??

Mungkin aku nih terlalu buduh kerana tak tahu nak menghargai orang. Dan mungkin aku nih terlalu banggang kerana tak tahu bagaimana nak memuji orang dan menghargai orang. Aku bukan hipokrit nak memuji orang sesuka hati. Aku bukannya mulut manis untuk mengungkap kata-kata yang manis.. sedap didengar... Tolong lah!!~~~ Biarpon aku berusaha macammana skali pon. Aku takkan memuji orang sesuka hati aku. Tak pepasal pujian tak ikhlas yang aku bagi. Tak payah lah nak tunggu aku jadi kaki bodek.. ampu.. pemuji yang ramah. Kalu nak aku jadi penghebah sedunia. Aku boleh je on..~ anytime lagi.. hehe.. Nak aku mendajalkan orang.. untuk bukan niat aku.. atau perbuatan aku. tapi bila orang dah mulakan dulu.. buat apa aku nak biarkan orang tindas aku. Mentang2 aku nih terlalu baik untuk dipijak dengan slow2 je.. Lama2 sengetlah aku.. Jadilah minah senget.

Kekadang tuh.. pemikiran orang aku tak reti nak baca. Sebab manusia nih banyak perangai yang tak disangka. Tahu-tahu je.. jadi kamen rider.. tup..tup.. jadi mask rider.. tip top je.. jadi otomen. Memang tak disangka kan. Kekadang manusia nih pon depan je nampak baik. Belakang kita.. nauzubillah~~ memang tak sangka lah. Ibarat aku nih sanggup buat apa sahaja. Bila-bila masa je boleh arah itu.. arah ini..

orang bertopengkan otomen. lalala~~

Ape -ape pon.. tak perlulah berharap pujian dari aku yang buduh nih. Memang aku takkan mudah nak puji orang. Sebabnya kenapa..?? Suka hati aku lah nak mulut manis atau tidak. Boleh tak aku cakap camtuh..~~~ hehe

Jumaat, 22 Oktober 2010

Tak Serupa Bikin

" Kau nih kan.. cakap tak serupa bikin. Macam lah kau tuh bagus sangat!!"

Kalau lah aku berani mengeluarkan statement camnih.. Memang bravo la!!. Memang payah bila hati nih dah terlalu lembut sangat. Senang je orang nak pijak kepala aku. Ntah apa yang baek sangat pon aku tak tahu. Penyabar kot aku nih... wink!!!~~~ (*_*) yang tuh memang aku nafikan lah. Kat maner lagi nak tumpah kuah.. kalau bukan kat nasik kan. Perangai aku sama je dengan perangai abah aku. Lebih kurang la.. Nak kata anak abah tuh.. memang pon. Dah aku nih darah daging die. Ngok la kalu aku kata aku bukan anak dia. Memang statement ~~!!lol!!~~

Perangai orang aku tak mampu nak jangka. Bukan setakat aku je tak boleh jangka. Semua orang pon tak mampu jangka apa yang seseorang tuh mampu buat. Kalau aku kata nih crite benar... memang benarlah. Sebab mende tuh semua pernah alaminya.

Ramai yang tak suka berkawan dengan orang yang cakap tak serupa bikin nih. Orang camnih suka sangat berlagak diri bagus. Bukan aku nak mengeji.. tapi memang hakikat. Bagi yang tersedar sketika waktu bila baca blog aku nih.

Korang imbas balik.. apa yang korang cakap dengan kawan korang bila korang marah..?? ibarat korang tegur dorang la.. "Apa yang korang cakap tuh kat dia..?? korang ada buat tak kat diri korang? Biasanya orang yang takda menus je yang suka main hentam bila bercakap. Sesuka hati mak bapak dia nak cakap apa sahaja. Korang bezakan je lah diri korang dengan dia tuh. Korang nak tegur dia... sedangkan korang tak buat. Apa yang korang rasa?? Kompom korang nak maki dia balik.. Kompom korang cari balik keburukan dia.. dan memang kompom korang marah dengan dia.. banyak lagi lah yang korang bakal geram dengan orang yang suka cakap tak serupa bikin nih.

Tapi kekadang tuh.. teguran yang korang bagi tuh memang bagus. Bagi manfaat tuk dorang. Cuma tak kene dengan situasi, tempat, keadaan seseorang. Rasanya, lebih baik sebelom korang nak tegur orang lain, kenal dulu diri korang cammaner. Korang pon belum tentu bagus pon. Jangan nak terus hentam dengan kata-kata je. Cari dulu fakta yang boleh korang hentam. Bukan hentam dengan M16 yang tak ada usul periksa, memang buat orang maki korang balik lah.

Aku pon memang hangat dengan orang yang cakap tak serupa bikin nih. Sebelom nak betulkan orang, betulkan diri tuh dulu. Baru orang pandang kita dengan budi pekerti yang mulia.. baik..

Hari lahir Ku


Dengan bangganya.. aku nak menyanyikan lagu Hari Jadi untuk diriku sendiri. wink!!! (*_*)

(English Version)
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You Yatie
Happy Birthday To You..

(Versi Bahasa Melayu)
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Yatie
Selamat Hari Jadi..

Meh ler jempot makan kek aku yang comel nih. Huih~~ ala2 pwences gtuh.. Tak padan ngan umor. Dah tue2 pon ada hati nak makan kek camnih.. haha (*_*) maner tak nye.. kek nih comel la jugak bagi aku. Kalu korang nak tahu.. try search kat google, berlambak kek kat google tow.haha!!!

Jemput ler makan...

Tak sangka makin bertambah tahun umur aku. Pada Harini.. Jumaat... Pada Tarikh ini..22/10/2010... Genaplah umor aku yang ke 25 tahun. Dah tue tak sedar diri lagi tuh. Umor dah meningkat.. ntah bila nak insaf. (*_*). Apa yang penting.. peringatan untuk di hari lahirku tetap ada. Aku hanya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan mahupun terkasar bahasa..terguris jiwa... huh!!!~~~ terkarat la plak..alah!! ckit je kan.

1stly, aku nak ucapkan terima kasih buat ABAH & MAMA. Pepagi dah bagi wish kat aku. Terharu la giler aku. Baru bangun tidur.. dah bagi ucapan Selamat Hari Jadi Adik!!! [ hakhak!!]

Tak lupa juga buat kawan-kawan aku. Terima kepada kengkawan aku di FB yang bagi wish di hari lahir aku. Buat kengkawan yang stil cute & ensem ....

(^_^) NOORIKWAN (^_^) RATU LEBAH (^_^) CIK MUDA AZIRA (^_^) FYZA SAMAT (^_^) FARINA (^_^) ROROL (^_^) ANAS (^_^) ABU (^_^) OJA (^_^)A.WE (^_^) ANGAH (^_^) BAITI JANNATI (^_^)

[ yang aku xsebut tuh..mintak maap yea.. terlupa kot ]

Aku nak ucapkan terima kasih banyak2. Mungkin aku tak mampu memberi hadiah mahupon perhargaan untuk menghargai ucapan korang. Bagi aku.. mungkin doa mampu mengiringi perjalanan korang. Moga kalian diberkati oleh Allah s.w.t

Skank umor aku makin meningkat. Memang la menggembiralan. Tetapi manusia itu perlu sentiasa beringat bahawa, pertambahan umur adalah petanda bahawa umur kita semakin pendek. Waktu kita semakin singkat. Berakhirnya semalam kita tak mampu nak kejar.

Abah ada pesan...

"Setiap percaturan hari, percaturan tahun, usia makin meningkat. Bukan bermakna makin kuatnya diri kita. Tetapi makin pendek usia kita. Jangan terlalu kejarkan dunia, kerana dunia binasa hati, jadi kejarlah akhirat, kerana memberi manfaat di hari-hari mendatang"

Aku cuba fahami kata-kata abah. Memang betul kata abah. Apa yang ada didunia sekarang tak mampu kita bawa ke jalan akhirat kelak. Kerana dunia hanyalah sementara untuk kita duduki.

Kekadang aku pon tak perasan apa yang aku dah buat, apa yang aku lakukan, apa yang aku dah berkata... tulah. Manusia memang mudah lupa. Sebab tu manusia bukannya sempurna. Kekadang tu je, banggakan diri terasa diri terlebih sempurna. Macam la bagus sangat!! Lagi ada yang nak kutuk lagi ada. Hanya dengan sepotong ayat nih, mungkin aku boleh muhasabahkan diri aku. Sebab masih sempat lagi tuk aku berdoa, bersujud dan melakukan kebaikan. Mana yang baik.. ameklah.. Amek sebagai peringatan dan pedoman. Mana yang burok.. jangan diikutkan. Nanti punah hati tuh. Kebaikan payah untuk kita perolehi dengan hati yang redha. Tapi, keburukan... bila-bila kita boleh perkatakan, lakukan... Senangkan. Alhamdulillah.. masih bertambah lagi umur aku. Masih wujud lagi aku. Bersyukor aku kehadrat Ilahi kerana masih benarkan aku berdiri di atas muka bumi MU.

Khamis, 21 Oktober 2010

Sentiasa Rasa Bagus

Dunia zaman sekarang nih, makin maju makin ramai orang yang berlagak. Makin banyak hasil yang ada, makin menjadi-jadi angkuhnya. Bila dah makin kaya, makin lupa asal usul sendiri. Kenapa semua nih terjadi pada zaman sekarang?? Dunia makin tak menentu. Dalam hadith H.R. Abu Daud dan Tirmizi berkata..

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Pada hari ini, aku mampu lihat ramai yang leka dan lalai dengan suruhan Allah s.w.t. Sedangkan yang menciptanya adalah Allah. Memberikan nya hidup.. nyawa untuk bernafas, rezeki dengan bekerja. Semuanya adalah aturan yang Allah berikan pada kita. Kekadang kita tak sedar yang keinginan kita terlalu melampui batas sehinggakan yang miskin yang tak berdaya ditindasnya dengan begitu licik dan kejam. Tapi itu semua hanya untuk seketika. Allah pasti akan tarik balik keangkuhan yang telah kau tunjukkan pada mereka yang tak berdaya. Hadith H.R. Bukhari berkata..

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".

Bersyukurlah dengan kejayaan yang Allah berikan pada kita. Jangan terlalu bangga dan bongkak dengan apa yang kita miliki. Allah maha Mengetahui segalanya. Yang baik itu adalah dari Allah. Yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.




Isnin, 18 Oktober 2010

Aku Buntu.. Ya Rabbi..

Pada mulanya plan memang dah baik punyer la. Las skali.. semua jawapan yang aku dengar -NEGATIVE Siapa tak jadi buntu hanya kerana last minit. Biarpon masih ada masa lagi 1 bulan lagi. Aku sampai tak tahu nak berkata2.. tak tahu nak meluah.. Memang sakit bila dengar camnih. Tapi, kena ingat juga. Tak semestinya apa yang kita plan itu.. kita mampu laksanakan dengan baik dan sempurna seperti yang telah ditetapkan mahupon yang sudah dirancang.. betol tak..??

Aku tak tahu nak buat apa sekarang.. dalam hati ini rasa nak lepaskan semuanya sahaja dan pergi camtuh saja. Perasaan aku dah kondem untuk teruskan niat tuh. Bukan kerana orang lain. Tapi hilang keseronokan.. kegembiraan yang aku pernah cipta sebelom nih. hati aku mengharapkan yang terbaik untuk diri aku. Aku tak mahu ada yang malu hanya kerana RINGKASNYA PENTASNYA DUNIA. Bukan niat aku untuk menunjuk2.. membanggakan diri. Tapi untuk keprihatinan dalam semua situasi. Aku tak mampu mengungkap kata2 puitis yang mampu kau fahami. Aku tak mampu luahkan apa yang ada dalam isi hati ini. Aku tak mahu kau malu dengan mereka yang memandang kau. Aku mahu menutup segala kerendahan kau. Bukan erti aku memandang rendah terhadap kau. Tapi hati aku yang mahu kau sentiasa teratas.

Kini aku buntu... sehingga tebal muka aku untuk mengadap mereka. Aku hanya mahu membantu kau. Saat ini, hanya sedetik waktu sahaja yang mampu aku beli. Seluas keinginan yang aku mahu penuhi. Belom tentu semuanya mampu memberi kebahagian yang tenang dalam hati ini.

Kenapa aku tak seperti mereka yang lain..?? mampu mengeluarkan kata-kata dengan kesatnya.. dengan kasarnya.. sehingga yang mendengar terasa mendidih... terbakar hanya dengan kata-kata itu.. kenapa aku tidak boleh melakukannya..?? terlalu baikkah aku nih.. sehingga aku mudah di pijak oleh orang lain. Aku mengaku.. diri aku terlalu naif. Sebab didikan yang aku terima hanyalah bersabar. Dan sabar itu tiada had sampai bila-bila. Salahkan aku bersabar dengan karenah, perangai, kata-kata??? Salahkah aku untuk tidak meluahkan rasa pedih??

Ya Allah..
Aku hambamu yang sentiasa jahil dan lemah.
Aku malu mengadapmu Ya Rabbi...
Aku malu untuk meminta denganmu Ya Rabbi...

Sesungguhnya..
Aku mahukan ketenangan dalam hidup aku..
Aku mahukan kekuatan hati untuk terus hidup..
Aku mahukan petunjuk dari Mu
Agar hatiku sentiasa disisiMu..

Ya Allah..
Bantulah aku dalam kekuatan hati
Bantulah aku dalam keteguhan iman
Bantulah aku dalam kesabaran hati
Agar aku kenal diri aku yang sebenar

Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ahad, 17 Oktober 2010

Sesuatu yang Terbaik

"Sesuatu yang Terbaik" words yang semua orang pasti nak yang terbaik dalam hidup memasing. Aku pon nak yang terbaik dalam hidup aku. Siapa yang tak nak.. betul tak?? Tapi dah takdir aku untuk mengharungi semua ujian yang Allah beri pada aku. Memang sakit dan perit jugak lah. Lagi pun aku tak tahu nak ngadu ngan siapa... Ngan Allah je la tempat aku mengadu. Moga diberi kekuatan tuk aku lalui hingga akhir hayat aku. Aminn~~~

Aku suka imagine apa yang aku nak... Tapi aku tak mengharap untuk dapatkannya dengan camtuh saja. Sebab setiap kemahuan itu, tak semua dapat dipenuhi dengan sempurna. Sebab tu lah hidup tak pernah sempurna. Bagi aku, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang tak di ingini ataupun yang telah terjadi. Semua itu iktibar dan pengajaran bagi aku. Selagi ada hayat, ada tangan untuk menadah memohon dari Ilahi.. InsyaAllah.. setiap doa itu akan diperkenankan.

Jadi manusia senang.. Jadi orang susah. Banyak yang perlu difikirkan... dan kekadang tuh.. banyak yang menghalang dari aku melakukan apa yang aku suka. Apa yang aku impikan.. semua tuh berubah hanya kerana halangan. Kalau buat, tak dapat restu. Kalau tak buat, camnih lah diri aku. Aku tak boleh buat keputusan sendiri. Bila aku buat keputusan sendiri. Semua membantah dan aku perlu ikut cakap dorang. Sedangkan aku dah boleh fikir sendiri. Kenapa mereka masih anggap aku seperti keanakan2 yang merenget mintak sesuatu. Sedangkan aku mampu buat dan tunjuk depan dorang. Tak pernah ada kata2 semangat.. kata2 dorongan pon dari mereka. Memang sadey gak la..

Sebab tuh.. bila kita mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Belom tentu kita dapat ia dengan sempurna. Pasti ada kesakitan yang perlu aku rasai dengan perit. Itupun.. belom tentu juga aku boleh miliki.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Berubah VS Kutuk

Kekadang aku tak faham la perangai manusia nih. Suka sangat rasa diri tuh terlebih 'perfect'. Fuhhh!!! memang perasan tahap gaban la. Padahal perangai tuh lebih kurang terok la jugak. [kunun bagus la tuh!!] Bukan aku nak kutuk @$$%^&.. aku bercakap yang benar. Aku bukan suka tegur2 orang nih. Bukan hobi aku amek tawu sal orang. Jaga tepi kain orang!!!.. kekadang tuh adalah jugak ckit... Itupun setakat bergosip je la. hakhak~~!! (^_^) dah tak de point nak borak. Dorang cakap... aku tambah la ckit maner yang aku tawu..hikhik.. memang siut kan.. ( kesat giler bahse )

Sebelom kita nak tegur orang tuh.. pandang la dulu diri kita camner.. bagus ke kiter nih..??? kita ada buat silap tak?? nih tidak.. men meluru je. Memang tak bleh blah tahap gaban. Bila orang kutuk die.. reti la plak nak marah.. pandai la pulak cari kesilapan orang lain. Tawu pon.. nak marah.. Yang kau tuh dok tegur orang.. macam la ko ade buat!!! Nak betulkan aku.. sampe nak basuh..nak clorox aku.. Ambooeehhhhh!!!!! ko ade terasa diri ko betul ke?? betul ke ape yang kau cakap dekat aku?? Silap kau.. kau tawu ke kat maner..??? Bila orang tegur leklok.. pandai lak carik silap orang. kau ada baiki silap kau tak?? Tak de kan. Tuh la..baek tak payah tegur orang. Wat orang serabut je dengar ayat kau. Macam nak maki je biler dengar kau bersuara. Tapi selamat la kesabaran masih ade lagi. hikhik...

Besanya orang memang camtuh kan. Tak jugak.. bukan semua orang macam tuh. Sesetengah orang je. Silap sendiri tak pernah nampak. Silap orang lain bukan main lagi dok pandang2 kan. Burok lah... Tak bagus la... tak cantik la.. Camnih tak boleh la.. Itulah.. Inilah...


berdoalah.. kerana kekuatan ada pada doa


Orang kata sabar tuh ada had nya. Tapi insyaAllah bagi aku. Kesabaran tuh tetap tinggi sampai hayat aku. Aminnn~~ Siapa lagi yang nak tindas manusia, kalau bukan manusia itu sendiri. Siapa musuh yang paling ketat kalau bukan manusia sendiri. Dalil pon ade tow..

Kadang2 aku nak mengungkapkan satu ayat tuh untuk jadi yang lebih lembut untuk orang yang mendengar.. itu pun.. aku dah susah hati. Takut orang sakit hati dengan aku. Takut orang marah dengan aku hanya dengan ungkapan yang keluar dari bibir aku. Apatah lagi manusia itu tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Walaupun terguris sedikit pon.. manusia itu tetap akan ingat ungkapan yang dia pernah dengar. Walhal, aku nih hanyalah manusia biasa saja. Allah cipta aku sebaik2 kejadian. Sebab tuh aku hadir kat atas dunia nih. Sebab Dunia nih sangat indah.. Allah cuma bagi ujian sedikit je.. Kenapa kau nak merungut?? Kenapa kau tak mampu lalui dengan penuh kesabaran?? Sedangkan Allah cipta sifat manusia itu perlu menghadapi semua dugaan yang ada di depan mata. Jangan sesekali toleh kebelakang hanya kerana kesilapan lalu. Hanya kerana sakit hati dengan manusia... Hanya kerana ego diri... Hanya kerana dendam dalam diri.. itu semua hanya mainan nafsu untuk kita jatuh bergolek seperti bola atas padang.


Lihat apa ada dalam hati kita??


Kenapa kau nak kalah dengan diri kau?? sedang kan.. kau sentiasa berkata kau berada diatas?? Aku cuma seorang kawan je. Bukan peneman di kala kau kutuk.. Bukan bermaksud aku tak boleh terima kutukan kau. Tapi setiap kutukan yang kau beri, aku bersyukur sangat. Aku mampu menilai diri aku dengan lebih baik.. [cam hampeh je puji diri seniri] Tapi sebaliknya, adakah kau bersyukur dengan apa yang kau ada??? adakah kau bersyukur dengan apa yang mereka kata mengenai kau??? Lagi kau kutuk lagi ada.. lagi kau bising.. lagi kau cerita pada orang lain.. itulah sifat manusia semulajadi.

"Ada yang baik..
Kita hanya nampak untuk seketika..
Ada yang buruk..
Itulah dimata kita sampai bila2.."

Itulah ungkapan yang aku terima dari kau. Aku terima sebab kau adalah kau. Kau tak mahu kalah. Jadi aku biarkan kau menang. Aku hanya mampu lihat dan mendengar sahaja. Selagi hayat aku masih ada, aku sentiasa maafkan kau. Aku hanya teman kau yang mungkin berbisa untuk seketika waktu.. Bila kau dah lemah.. aku suntik kembali semangat kau. Aku faham erti kawan.. kawan baik.. sahabat... tapi dimana aku nak letak kau dalam setiap erti itu??? Mungkin ada ruang untuk di kongsi dan mungkin tak ada ruang untuk di kongsi...




Aku bukan pinta untuk kau berubah. Sebab perubahan itu perlukan istiqamah yang daif. Aku cuma perlukan kau untuk selidik diri, Selidik kelemahan diri, selidik kemahuan diri, selidik bagaimana rupa diri.. kerana itu lebih baik dari kita mengeji orang lain. Mulut itu berbisa.. Mulut itu berbahaya.. Dan jangan sesekali membiarkan orang nampak kelemahan diri. Walaupun kau tak pernah menampakkan kelemahan kau.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Mencari Redha Ilahi

Sebab apa jadi sebegini? Semenjak hari-hari yang saya lalui minggu ini, saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai perkara mengenai wanita. Dan hari-hari yang saya lalui di tempat saya menyambung belajar ini, saya melihat pelbagai ragam dan jenis wanita. Dan dengan itu juga, saya ingin berkongsi dengan kalian akan tajuk mengenai, 'WANITA'.



Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat bahawa wanita-wanita juga seiring dengan kebangkitan kemajuan pada hari ini. Akan tetapi, kita dapat lihat juga segelintir dalam kalangan wanita-wanita yang menjadikan diri mereka ini sebagai fitnah yang besar, terutamanya kepada agama mereka sendiri. Rasulullah SAW bersabda;
" Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" ;Riwayat Muslim.

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." ;HR Bukhari.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut. Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.


Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki. Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW. Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini? Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW. Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini? Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.

Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:
"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?

Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?

Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji?

Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum Hawa dan kaum Adam yang membacanya. Agar sebagai persediaan buat hari-hari seterusnya.

Khamis, 14 Oktober 2010

Maher Zain - Thank You Allah

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Maher Zain - Hold My Hand

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Keharusan Wanita keluar Rumah

Islam sangat menjaga umatnya daripada terjerumus kepada perkara2 yang tidak baik, terutama kaum wanita. Oleh itu wanita dibenarkan keluar rumah untuk hal2 yang tertentu sahaja. Antaranya:

1. Menuntut ilmu.
2. Menziarahi kaum kerabat, keluarga, sahabat handai.
3. Mengembara dengan ditemani lelaki mahram/wanita yang dipercayai.
4. Bekerja untuk menyara keluarga. (tiada suami/suami tidak mampu menyara keluarga)
5. Membeli barang2 keperluan.

Maka Islam tidak mengharuskan wanita keluar untuk berhibur, melepak, berpeleseran dan sebagainya.

Apa yang diharuskan, itu adalah tanggungjawab bagi mereka yang fikir untuk menjaga isi rumahnya.

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Nasib Para Pelaku Maksiat

Al-Qur'an telah banyak menceritakan berbagai kejadian dan bahaya yang ditimbulkan dari perbuatan maksiat. Cerita tersebut bukanlah sesuatu yang dibuat-buat atau lamunan, apalagi cerita bohong untuk sekedar menakut-nakuti manusia, namun ia benar-benar terjadi dan menjadi tragedi bagi umat manusia.
Di antaranya adalah :

a) BANJIR BESAR yang mencapai puncak gunung pada masa nabi Nuh as yang menjadikan penghuni bumi karam tenggelam,

b) ANGIN PUTING BELIUNG yang berhembus keras membanting kaum ‘Ad hingga semua mati bagaikan pelepah kurma yang berguguran,

c) GUNTUR DASHAT yang mematikan kaum Tsamud, hujan batu di negeri Sodom pada kaum nabi Luth yang membinasakan semua penghuninya,

d) AWAN AZAB berupa mega naungan yang ketika turun bagaikan api yang membakar kaum Syu’aib, tenggelamnya Fir’aun dan kaumnya di sungai Nil,

e) JERITAN SUARA KERAS yang menghancurkan orang-orang yang digambarkan dalam surat Yasin.
Sekali lagi, semua kisah tersebut benar terjadi. Dan penyebab turunnya azab Allah swt tersebut tidak lain adalah perbuatan dosa dan maksiat sehingga semua menjadi pelajaran bagi umat manusia hingga hari kiamat.


Dalam hadits riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda : „Wahai segenap Muhajirin, ada lima hal yang membuat aku berlindung kepada Allah swt dan aku berharap kalian tidak mendapatkannya.

PERTAMA,
tidaklah perbuatan zina tampak pada suatu kaum sehingga mereka akan tertimpa bencana wabah dan penyakit yang tidak pernah ditimpakan kepada orang-orang sebelum mereka.

KEDUA. tidaklah suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan melainkan mereka akan tertimpa , masalah ekonomi dan kedurjanaan penguasa.

KETIGA, tidaklah suatu kaum menolak membayar zakat melainkan mereka akam mengalami kemarau panjang. Sekiranya tidak karena binatang, niscaya mereka tidak akan diberi hujan.

KEEMPAT
, tidaklah suatu kaum melakukan tipuan (ingkar janji) melainkan akan Allah swt utus kepada mereka musuh yang akan mengambil sebagian yang mereka miliki.

KELIMA, tidaklah para imam (pemimpin) mereka meninggalkan (tidak mengamalkan Al-Qur'an) melainkan akan Allah swt jadikan permusuhan antara mereka."

Doa Ketenangan Hati

Ya Tuhan kami,
curahkanlah kesabaran atas kami
dan teguhkanlah pendirian kami
serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami,
janganlah kau palingkan hati kami
setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Rabu, 13 Oktober 2010

Set Appointment

Dalam hati ade parang.. Rase nak g serang je sape yang wat rules kene appointment tuk HIV test. Boleh tak aku cakap camtuh?? Area KL.. Terengganu.. kene set appointment dulu.. kenapa kat negeri (9) tak kene appointment..?? Amek nombor..tunggu turn je.

Contohnye...Cousin aweh baru je kawen arituh.. Ade gak kitorang tanya..time dorang g test HIV dulu ade tak kene buat appointment..?? Tak ade pon. Amek nombor.. tunggu turn.. Arituh jugak dapat. yang resul tuh tak yah la cakap. Yang tuh memang kompom dah. Nampak gayanye.. dugaan nak kahwin nih.. memang berat ugak. Baru ckit je kan Allah bagi ujian.. dah mulut bising. Entah2 pas nih makin berat ag koouuut...

Hari ni aku try la kol memaner klinik yang ade dalam senarai KLINIK KESIHATAN WPKL..

1) KK Kuala Lumpur -
memang dah ditolak cam bola.
"Carilah klinik maner yang dekat. buat je dekat sane"
... [ memang hampeh!!! ]

2) KK Putrajaya -
Agak2 ar koutt.. aku nak buat kat sane.
Jalan nak kesana pon aku dah fail..hehe..
memang kompom aku tak buat sane.

3) Poliklinik Tanglin -
Paling awal 27/10/2010, rabu.. tapi aku stil
mencari gak klinik yang paling awal..Agak2 ar
la gak.. nak kahwen 20/11.. nk submit form ag..
KL nye rules memang suka golek orang cam bola..

4) KK Cheras - Kne register kat kaunter

5) KK Cheras Baru - Kne register kat kaunter

6) KK Petaling Bahagia - Kne register kat kaunter

7) KK Kampung Pandan - Kne register kat kaunter

8) KK Pantai Bangsar - Kne register kat kaunter

9) KK Setapak - Kne register kat kaunter

10) KK Sentul - Kne register kat kaunter

11) KK Sungai Besi - Kne register kat kaunter

12) KK bandar Tun Razak - Kne register kat kaunter

13) KK Dato' Keramat - 3/11/2010, pastuh nak
kne tandatgn wali dpn imam lak..pastuh nak
submit.. ntah biler bolek kawen pon aku tak tawu ar..

14) KK Jinjang - 26/10/2010.. nih la klinik yang
ade tarikh paling awal. Aku dah setkan appointment
tuk 2 orang. Alhamdulillah.. dapat gak tarikh ujong
bulan nih.

Tarikh aku dah dapat.. Pertanyaan yang berlegar di ruangan otak aku skank nih..

"Adakah aku boleh tukar cuti ak??? dari rabu ke hari selasa tuk HIV test??"

- aku bukan kijer official nye opis.
- aku tak tahu apa kedudukan aku
- Adakah aku admin??adakah aku sales??
- kalu admin kije 8 jam je..dari 10.30 to 6.30
- kalu sales 10.30 to 8.00
- ( OT tak berbayar. sebab xde blek n wite )
- tak kompom staff ag..
- Setiap cuti aku perlu diganti..
- bila nak cuti.. banyak lak yang K.O dekat aku..
- kalu aku nak cuti lagi.. persoalannya..
tak nak simpan cuti tuk kahwin ke?? tak sayang cuti ke..??
( Adakah aku diberi cuti seperti yang telah
ditetapkan oleh syarat pekerja buruh ?? ) nehiii karunge!!

So, camner ak nak buat.. Cuti tolak gaji or..ganti cuti..???

Kne buat Appointment dulu???

Harini hari yang macam nates !!bangek!!mengong!! bengang giler aku...

Asal ceritanya camnih. Harini aku nak pergi buat test HIV tuk kahwen aku la. Kalu tak pergi test HIV nanti cakap tak ikut prosedur kahwen la plak. Memang cam cipan la plak ari nih #$$^#@@!! Aku ngan awe plan nak buat kat HKL. So, kire ok la dekat je ngan umah aku. Sampai je dekat HKL..pepaham je..HKL tuh dah la sentiasa full.. nak parking pon bukan men susah. Aku tinggalkan awe dekat depan emergency nyew tempat. Bia di masuk dulu.. pastuh aku follow die. Sampe je kat awe..kitorang gerak la same2.. sesampi je dekat tempat HIV test tuh..

si jururawat : (bleh dia tanya)..ada buat appointment tak?? nak buat test HIV kne buat appointment dulu. sehari 2 orang je boleh test.. (cam bangek je)

aku : kene buat appointment kak?? sejak biler ade kene buat appointment nih kak.. orang yang kahwen nih sikit sangat ke kak?? Dulu takde la plak kene buat appointment. Skank dah kne.. (memang ringan la mulut aku tine tuh)

si jururawat : adik tengok lah klinik memaner yang ade tampal kat ctuh (board die la) yang maner klinik adik boleh pergi..dengan kami adik kene buat appointment dulu..

aku : jom pa..cam bangek je semua rules tuk orang yang nak kahwen. menyusahkan.. jom je la kejar maner2 klinik yang boleh pergi..

aku ngan awe pon blah la. Malas dah aku nak tunggu ke... nak rehat ke.. aku memang dah serender. Macam nih susahnya orang yang baru nak bina masjid. Banyak sangat kerja kene buat. Memang menyakitkan hati.. Kengkawan aku semua kata tak perlu buat appointment. terus pergi je kat HKL tuh. Test sekejap je. Tak lama..sekejap je. Skank dah jadi camnih.. Aku terasa malas nak kahwen pon ade. Cam nak lari jer. KAHWIN kene ikut PROSEDUR.

Isnin, 11 Oktober 2010

Pelamin Mini

Aku skank tengah penink memikirkan rupa pelamin yang aku buat. Ada la jugak aku search lam google nih. Aku cuma nakkan pelamin mini sahaja. Yang penting fairy tale ckit (>_<)


Shanteekknyew pelamin nih


kalu la aku bleh wat pelamin nih.. memang comel

nak palmander ball tuh!!!

Nih rupa pelamin yang aku search kat engine google nih. Shanteekk kan... aku ade draw design pelamin mini aku sniri. Aku akan wat pelamin mini aku jadi camnih pasnih. Aku cuma wat lakaran je. Hasilnya kene la tunggu sehingga raya haji nanti. InsyaAllah kalu takde pape time raya haji tuh.. makan nasik minyak la jawabnye nanti..


Kalu korang bayangkan la rupa pelamin nih..ade rupa cam sotong tak???? haha!!! hish..macam2 je la. Ape yang penting..kerjasama!!! Aku nak wat pelamin mini aku camnih.

Kreatif nyew

Akhirnya aku dapat buat bunga dulang. Bukan full* pun nak letak atas dulang tuh nanti. Sekadar hiasan n tutup cela je.hikhik... (*_*)

Theme : Dark Pink + Purple
[ putih tuh hanya cubaan je.hehe ]

nih bunga dulang tuk tutup pape yang patut.. memang ade rupe bunga ros.. comey ngat..aku suker ngan bunge nih.. shuker..shuker..shuker...

Sewa pon sewa

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga dulang hantaran kat kampung aku. Sewa Rm2 tuk 1 dulang. Murah..murah..murah.. TQ k.yah bagi sewa dulang tuh. Dah fening kepala nih duk pikir nak cari dulang kat mana. G gemencheh, ibu ade dulang siap bagi pinjam ag. Tapi takkan nak ulang alik lak dari KL ke Gemencheh..Gemencheh ke KL..penat ler dibuatnye.

Skank dah ade dulang tuh. Balik kelantan nanti boleh la aku start kerja aku tuk menghias ape yang sepatutnya aku kene stat dari skank. Kalu aku stat dari skank..tak pepasal hancur dalam bonet kereta aku nanti. Sampe sana nanti.. tunggu dan lihat je la camnih hasil dari tangan aku seniri. Aku nih bukannya kreatif. Tapi tuk nampak nice tuh.. memang aku boleh buat la.

Tema tuk wedding aku nanti [ Dark Pink + Purple ] boleh ke hah!!! hope jadi ape yang aku nak. Aku cuba buat ikut bajet aku yang tak seberapa. Nanti aku tunjuklah hasilnya. Lambat lagi koutt!! aku nak kahwen... Slow2 k. yang maner persiapan aku dah buat.. ckit2 akan aku uplod dalam nih. Bukan nak tunjuk pon...but tis is my blog. shuker hati la ape aku nak buat dengan blog aku nih. Nih part aku.. ruangan aku.. notebook aku.. story mory aku..hahaha~~!!! Dasat giler bahase. Memang tak sopan nok!! (*_*)

Malam nih aku continues buat bunga kertas aku..bunga hayat la katekan.. penat ckit tak pe.yang penting..hasilnya memuaskan. Dari aku suruh orang lain buat...las skali aku yang mengomen..tuh la lumrah orang perempuan. cerewet.. Buat sendiri ler kalu nak senang. Jangan banyak tanya!! Tapi biler buat seniri lak..orang kutuk burok..nak marah lak. Hishh!! tak patut..tak patut.. hehe

Yang penting aku siapkan dulu ape yang boleh siapkan k. Pasnih insyaAllah..tak de lah nak kelam kabut sangat kan. kalu orang lain kawen..kompom dah buntu time nih. Tapi aku alhamdulillah.. Boleh rilek ag.. cool je. yang penting tenang. Ingat Allah sentiasa disisi. Ape yang kita buat, moga direstui olehNya dan mama n abah.

Perkahwinan Zahari n Husna

Akhirnya kisah cinta mereka berdua nih menjadi sebuah kisah suami isteri. Dimana dorang nih telah diijab kabulkan pada 2/10/2010 di Melaka. Alhamdulillah.. Hilang kerisauan kitorang tuk seketika. mane tak nya..lepas nih giliran aku n awe lak cam orang giler. Nak kene siapkan persiapan dalam masa sebulan nih.. tapi tuh la.gerun nye pasal. dengar ura2 yang mengatakan kelantan akan banjir.. mak aiihhh!~~!!!! kecut perut ak diwatnya.. pape paon aku nak uplod gambar piccer zahari & husna kat cnih.. Moghe kebahagian mereka berdua menghasilkan satu kehidupan yang harmoni. Boleh ke aku cakap gtuh..?? hmm!~~~ kire boleh jugakkan kan.


setelah dijab kabul..sebelom tuh..macam2 prange ade.

Nih la zahari sebelom bersiap sedia nak kene ngadap tok imam. Kecut perut dibuatnya..kitorang lak yang kelam kabut. Satu haram pon kitorang tak tahu persediaan bakal pengantin.. Akhirnye..begini lah keputusan kitorang buat. Semua buat sendiri..

zahari telah di make up oleh soffiya seniri

tonyoh kuat2..jangan tak tonyoh

Awe pakaikan sampin tuk zahari. Macam2 cara dah nih..

kiri..kanan..depan..blakang..huh!!!

inilah hasilnya.. ZAHARI a.k.a ABE

Zahari A.K.A Abe

nih mereka di hari ijab kabul.. Pilu gak tengok dorang nih. Tambah2 yang anak perempuannya. Pilu lak hati bapaknya nak melepaskan anak perempuan kesayangan dia.

Doa dari cousin mu.. berkekalan hingga ke hayat. Amin..

Ahad, 10 Oktober 2010

Chiera..

Nih la Chiera anak angkat aku yang comey sangat n kini dah berusia 1tahun 11bulan.. tak lama lagi Chiera nak celebrate befday yang ke 2tahun. tepat 28/10 nanti. Luv u dear.. eh!! aku nak criter sal chiera nih.Tapi tak tahu nak mula dari maner..hmm~


Asalnya.. kitorang nak pergi jumpa zahari (cousin awe) kat gemencheh. Coz wedding die 2/10/10. Nak settlekan wedding die la. Ape lagi..

Story morynye gnih..

Kitorang g sblom ari wedding zahari 2/10/2010.. kitorang telah jejak kaki ke sana. Kami berempat terjah jumpe zahari. Coz dengar cerita zahari tak sempat buat ape-ape. Aku, awe (laki aku), Pe & Pyan.. kitorang memulakan operasi terjah zahari.huh!! Aku ngan pe jadi driver.. kaum laki..relek jadi peneman dikale ngantok..hakhak (^_^)

Kitorang sampe gemencheh lam kol 3 pagi gtuh la. gerak pon dah kol baper...pas kol 12..memang padan la sampe sane kol 3 pagi beh kan. Kitorang disambut oleh zahari seniri. Naek je atas umah tuh..kitorang ingat semua dah tido tow. aleh-aleh..dengar suara si comel..

papa..papa..
mama..mama..
papa..oooo..papa..
mama..oooo...mama..

aduyai..rinduw giler kat anak aku yang comel tuh. dah lame aku tak jumpe chiera.. Chiera..mama winduw kat chiera.. meh kat mama. Big-big hug aku bagi kat chiera..hehe..

Kitorang relek jap..sambil dok dengar perbualan bengang antara aweh n zahari. yela..orang dah nak kahwen..ape2 pon kitorang tak tawu..nih la..amek kijer mudah. sampe family yang dia tumapang pon tak tahu pasal kahwin..

Lam mase yang sama..suara chiera dok memanggil-manggil..mane nye kitorang tak geram..huh..

papa..papa...papa..oooo..papa..
mama..mama..mama..oooo..mama...
geram giler dengar sore die. bukan aku sorang je yang geram. Pe n pyan pon geram dengar sore tuh.. Aku nih mama die..biler die panggil je..aku sahut je..hehe..


nih la chiera..budak comel yang tak reti duduk diam


chiera pandang mama!!..mama nak amek gambar chiera..
( tuh ler ayat aku kat chiera )


kakak (pe) ajar chiera dok atas kete.memang suker la chiera biler kakak layan die


Chiera nih suka amek gambar. Suh la die wat pose pape.. Kompom dia bagi cantik punyer. kebetulan aikal lalu.. chiera pon dok panggil aikal..aikal..aikal..meh cnih..ape lagi. Pe soh pyan angkat aikal dok skali ngan chiera kat atas kete.. jadi wat the point?? tengok ler piccer kat bawah nih. macam2 gelagat chiera ngan aikal..abeh die buli aikal. cian aikal.. (*_*)


nih la chiera & aikal


chiera buli aikal..cian kat aikal..buli2 pon..aikal suke kan..


tak abeh2 pelok aikal. makin kecik la aikal tuh..padahal chiera tuh adik je. aikal tuh abang..


Ikutkan hati nak je uplod piccer chiera banyak2..tapi tak pe la. kang nanti boring lak tengok page nih. Nih lah chiera yang dulunye kecik je. skank dah membesar..takkan makin mengecik koouutt.. pape pon.. befday chiera t..mama nak bagi big2 toy kat cayang mama nih.. lov u chiera.. muaahhh~~

Dari chiera tuk mama..kakak..papa..abang..

Sayang semuanya

Khamis, 7 Oktober 2010

Kelam Kelibut Di buatnya

Kali nih memang buat aku buntu. Persiapan kahwin satu haram pon aku tak buat lagi. Semua nak hasil tangan seniri. Jadi ler camnih. Skank nih time, borang kahwin aku pon lom setle lagi. HIV test pon lom pergi ag. Aduyaiii!! fenink.. camne
nih. Ya Allah..kau permudahkanlah perjalanan aku untuk mendirikan masjid. Amin...

Time nih memang kelam kabut. Aku sniri jadi buntu sebabnya tak tahu nak mula dari mana. Alhamdulillah!! aku ada kawan yang bley bantu aku tuk berpikir bersama-sama.. mentelaah bersama-sama.. bergurau senda bersama-sama. We all..(^_^) anything happen to us.. we stil together. Bout wedding aku..mmg difficult to say. But, when u said u can do..u juz do it like u said before. So, start from now..im do it by myself. Apa yang aku perlu beli..ape yang aku perlu buat. Semuanya aku nak hasil dari tangan aku seniri. gubahan..event pelamin & bilik skalipon. Aku nak semua hasil kerja tangan aku seniri. Hopefully!! i needed from u Pe..hakhak!! (*_*) be my backbone..haha..ade2 je. Nih la kawan aku yang selalu berkongsi pape ngan aku. Luv u pe..muaahhh [ aku ukan les k ] aku sayang kengkawan aku.


Aku baru kepenatan membeli barang tuk hantaran aku. Tuh pon blom tentu semua ak dapat blei. Kije last minit ler katekan. Aku buat sengsorang je. Dah la excited giler nak gubah hantaran..huh!! time aku dok gubah2 bunga la kan..aku terpikir. Camner aku nak bawak balik kelantan. dah la wedding kat sane..mak aihh~~!!! buntu ak. balik nanti, aku ngan family penuh satu kerete.tuh baru letak beg. camner ngan hantaran aku. Eeeeiii~~~geram..geram.. kebuntuan tuk kali yang kedua. aahhh~!! yang penting aku siap dulu gubahan bunga aku.hmmm~~pastuh baru pikir ape nak buat dengan barang hantaran nih. Akhirnye aku setle gubah bunga tuk 7/9 hantaran aku. Hilang penat kejap je.. hah!! caner nih..aku nak barang hantaran aku..hukhukk.. (*_*) baik aku tdo lu. Sok continue lek....

Huh..camnih ler aku. Hanya kerana wedding aku. kelam kabut cam wat grand je. Padahal tak sanding pon. Aku nak wat simple je. Pape pon..tarikh wedding aku dah nak dekat. Slow!!..Slow!! yatie..keep it up.

Jumaat, 24 September 2010

BARAK ALLAHU LAKUMA



We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير




Maher Zain - The Chosen One



In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

Khamis, 23 September 2010

Pramugari Koma di tanah suci...


Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau

wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak berazam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Related Posts with Thumbnails