Isnin, 9 Ogos 2010

Ramadhan kini kembali

Mari kita bersama-sama menghayati Ramadhan Al-Mubarak kali ini. Ramadhan tiba berulang masa. Awak nak berceloteh tak kire banyak or ckit. Yang penting kebaikan tok awak-awak semua. Sebab yang baek itu datangnye dari Allah, yang tak Baek itu datangnye dari diri awak yang kerdil ini.

Di suatu ketika, ketibaan Ramadhan sinonim dengan kegemilangan umat. Ramadhan mencatat kemenangan di medan Badar dan pembebasan Kota Makkah. Ramadhan juga mengiringi ketibaan Islam di bumi Andalus. Ramadhan mewarnai kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan al-Masjid al-Aqsa daripada cengkaman Tentera Salib. Malah Ramadhan juga menyaksikan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghol di medan ‘Ain Jalut.

Demikianlah Ramadhan dan kejayaan silam. Masihkah Muslim dan Ramadhan, intim dalam hubungan yang gilang gemilang itu? Bagaimana Ramadhan semalam dan bagaimana pula Ramadhan hari ini? Masihkah Ramadhan itu suatu latihan dan proses Rabbani, atau hanya adat di limpahan nikmat?

Ramadhan kali ini, awak rase bersyukor sangat sebab awak masih mampu bersama untuk berpuasa dan menikmati keindahan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan untuk umatNya, dimana "Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya.
Awak sebagai manusia yang sangat biasa, cuba2lah berpuasa dan menghayati keindahan puasa. Rugi taw kalu tak puasa, yang perempuan tuh kompom2 dah ada excuse. Yang lelaki tuh, jangan sesekali curik-curik minum ayo. (^___^) awak cuma nasihat je. Awak kene la belajar buat semua itu, sebabnya awak akan mendapat ganjaran pahala hanya dengan menjalani ibadah puasa je tow.

Sape yang nak dapat ganjaran nih, kene la puasa dengan penuh keikhlasan, dengan setulus hati. Bukan hanya sekadar nak menunjuk2 je yang awak tuh pose. Awak tuh kuat la..tahan kental la..ayat lapok dah semua tuh. Asal je masok Ramadahan, ade je alasan gastrik la, sakit perut la..macam-macam.Aduyai, bila la nak okyh dengan pose nih. Bukan nye lame, cuma 30hari je dalam setahun. Ramadhan datang pon cuma setahun sekali je. Allah dah bagi awak menikmati kehidupan selama 11 bulan.. buat la sesuka hati awak nak buat apa time tuh. Nak pelahap ke nak ape ke. Janji puasa 30 hari tuh!!! Rugi awak tuh Orang Islam. Takkan Islam setakat nama aje..panas dowh!! Agak-agak ar awak tuh kene jaga nama ugak. Itu baru betol. Ganjaran awak dapat nanti ukannye sikit. Banyak gtuh...dah tertera dalam hadith lagi.. Nak tahu sahih atau tak, nih hadth nye..

Bismillahirahmanirahim..


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Riwayat Bukhari & Muslim


Banyak tuh ganjaran yang Allah bagi pada umatNya. Jadi, teruskan niat untuk berpuasa dengan penuh keikhlasan. Susah taw awak nak dapat ganjaran macam tuh. Mungkin ape yang ade kat kapla awak, awak bleh pikir cikit je ganjaran tuh. Baek minum ayo ckit, bukan ade orang nampak pon. Ooitt!!! Allah nampak taw apa yang awak buat. Dun' selindung2 dari celah almari mane skalipon. Dah kompom2 Allah tolak pahala awak. Pastuh bertambah2 la dosa. Sebesar mane hati manusia itu sekalipon, tak sebersih dengan ciptaan Allah yang paling hakiki tow. Sedangkan awak mencari semua tuh, bukan semua orang mampu memiliki hati tuh tow. Cuba awak carik hati tersebut..?? Bleh jumpe ke?? kompom tak jumpe, awak pon tak jumpe jugak. Sebabnye, kat atas dunia nih awak leka n lalai. Itu yang paling utama dan termaktob. Senang je awak hanyut.. Itupon bagi yang ade akal untuk berpikiran ke arah memencilkan diri, awak akan dapat jawapan tuh dan hati tuh jugak. Awak kan tenang setenangnye. Bukan tenang di alam 7kaki dalam. Awak mencari, awak memahami, awak akan memiliki. Itu hak awak. Bulan Ramadhan nih banyak yang perlu awak hadapi. Dugaan tetap ada, tapi syaitan tarak tow. semuanye dah dibelenggu dan dah dirantai. Jangan salahkan syaitan lak. Awak salahkan diri awak sebab nafsu awak. Dalam dunia nih, manusia cuma lemah pada empat (4) mende nih je.

1) Dunia
2) makhluk
3) Syaitan
4) Nafsu

Keempat-empat nih adalah kelemahan manusia. Tak kira masa, tempat, mahupon keadaan. Itu ayat sinonim bagi kehidupan manusia. Keempat-empat musuh ini cuba sedaya-upaya menjauhkan manusia dari Allah s.w.t., dengan menghakis nilai-nilai kehambaan dalam diri awak, supaya manusia semakin jauh dari Maha Pencipta. Itu awak bleh pikirin seniri kan.

Untuk Ramadhan ini jugak awak cuma nak membebel bab musuh manusia. Awak nak tumpu bab nafsu je. Sebabnye, kalu awak bebel pasal dunia.. awak semua dah rasain, dah duduki, dah pijak, dah bley tengok,awak seniri besar kat atas dunia. Takkan awak datang dari planet len kot. Agak-agak ar.. kalu awak bebel pasal makhluk, dah macam-macam awak tengok. Awak dah kenal itu..ini. Apalagi awak nak bebel. Kalu awak bebel pasal syaitan, awak semua tahu lebih banyak dari awak. Tapi tok bulan ramadhan nih, syaitan tarak na!!!syaitan dah kene rantai tow. Awak cuma nak bebel pasal nafsu je tok ramadhan kali nih. Musuh yang paling hampir dan paling merbahaya buat manusia ialah nafsu, yang sentiasa menghasut manusia supaya memusuhi Allah s.w.t. dengan melakukan maksiat. Hasutan-hasutan itu bergelora dengan syahwat dalam diri manusia, tanpa manusia sedari. Nafsu sentiasa memukau manusia dengan menzahirkan kecantikan maksiat sehingga manusia melupai akibat buruk dari maksiat tersebut.

Musuh-musuh inilah yang sentiasa saling berpakat untuk memisahkan manusia dari Allah s.w.t. yang Maha Mengasihi para hamba-Nya. Merekalah yang mengajak manusia mengkhianati cinta Allah s.w.t. terhadap mereka, walaupun Tuhan s.w.t. tidak jemu-jemu dalam memberi rezeki dan nikmat kepada mereka terus menerus.

Awak lupa, Allah s.w.t. takkala menciptakan manusia, Dia menciptakan manusia kerana cinta-Nya kepada manusia. Manusia lupa, Allah s.w.t. takkala mencintai mereka, Allah s.w.t. mencintai awak setulus cinta yang tiada cinta yang setanding dengan cinta-Nya. Manusia juga lupa, Allah s.w.t. mencipta cinta dalam diri manusia untuk mencintai Allah s.w.t., sedangkan awak mencintai selain dari-Nya s.w.t.. Manusia juga lupa, Allah s.w.t. menjadikan seluruh alam ini untuk berkhidmat kepada awak, kerana cinta Allah s.w.t. kepada manusia, namun manusia pula yang berkhidmat kepada dunia dan mencintai dunia melebihi Tuhan yang menciptakan dunia untuk awak. Kompon2 awak semua bleh pahamkan. Awak berwaspada dengan nafsu awak je. Jangan sesekali biarkan nafsu menghantui keinginan dalam diri awak..

Bila awak berpuasa, ganjaran awak dapat. Awak cuba menhalang nafsu keinginan awak, pahala awak dapat. Ingat!! semua itu untuk akhirat bekalan yang manusia tak mampu bagi untuk awak-awak yang ada kat atas dunia nih.

Ramadahan cuma datang sekali je dalan setahun.
Berpuasa cuma 30 hari dari 365 hari.
Setahun pula ade 12 bulan.
Allah cuma berikan sebulan je tok menikmati keikhlasan dan nikmat puasa tuh.
Awak bergembira sepuashati awak selama 11 bulan.
Jadi memang patut awak merasai 1 bulan tuh dengan penuh tawadhuk dan bersujud.
Hiasi diri awak dengan nurani hati yang cukop cantik dan hensem.
Ikhlaskan hati, Hiasi peribadi hanya sebulan ramadhan.

Bulan lelen lak..pepande pikirin seniri. Awak nak dosa or pahala?? tuh keputusan awak. Awak mengajak ke arah kebaikan, bukan ke arah memanipulasi kan kehidupan awak du dunia yang nyata ini.



“Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang berTaqwa”

[al-Baqarah : 185]


Cukoplah bebelan awak sampe disini je. Awak nak meneroskan ape yang perlu awak buat skank nih. Mari awak-awak semua, kita sambut RAMADAHAN AL-MUBARAK dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi.

Sampai kita ketemu lagi di blog yang sama, cuma cerita je yang len. Muuuaaahhh~~ (^_________^)


Salam Ramadhan

Related Posts with Thumbnails