Sabtu, 16 Oktober 2010

Berubah VS Kutuk

Kekadang aku tak faham la perangai manusia nih. Suka sangat rasa diri tuh terlebih 'perfect'. Fuhhh!!! memang perasan tahap gaban la. Padahal perangai tuh lebih kurang terok la jugak. [kunun bagus la tuh!!] Bukan aku nak kutuk @$$%^&.. aku bercakap yang benar. Aku bukan suka tegur2 orang nih. Bukan hobi aku amek tawu sal orang. Jaga tepi kain orang!!!.. kekadang tuh adalah jugak ckit... Itupun setakat bergosip je la. hakhak~~!! (^_^) dah tak de point nak borak. Dorang cakap... aku tambah la ckit maner yang aku tawu..hikhik.. memang siut kan.. ( kesat giler bahse )

Sebelom kita nak tegur orang tuh.. pandang la dulu diri kita camner.. bagus ke kiter nih..??? kita ada buat silap tak?? nih tidak.. men meluru je. Memang tak bleh blah tahap gaban. Bila orang kutuk die.. reti la plak nak marah.. pandai la pulak cari kesilapan orang lain. Tawu pon.. nak marah.. Yang kau tuh dok tegur orang.. macam la ko ade buat!!! Nak betulkan aku.. sampe nak basuh..nak clorox aku.. Ambooeehhhhh!!!!! ko ade terasa diri ko betul ke?? betul ke ape yang kau cakap dekat aku?? Silap kau.. kau tawu ke kat maner..??? Bila orang tegur leklok.. pandai lak carik silap orang. kau ada baiki silap kau tak?? Tak de kan. Tuh la..baek tak payah tegur orang. Wat orang serabut je dengar ayat kau. Macam nak maki je biler dengar kau bersuara. Tapi selamat la kesabaran masih ade lagi. hikhik...

Besanya orang memang camtuh kan. Tak jugak.. bukan semua orang macam tuh. Sesetengah orang je. Silap sendiri tak pernah nampak. Silap orang lain bukan main lagi dok pandang2 kan. Burok lah... Tak bagus la... tak cantik la.. Camnih tak boleh la.. Itulah.. Inilah...


berdoalah.. kerana kekuatan ada pada doa


Orang kata sabar tuh ada had nya. Tapi insyaAllah bagi aku. Kesabaran tuh tetap tinggi sampai hayat aku. Aminnn~~ Siapa lagi yang nak tindas manusia, kalau bukan manusia itu sendiri. Siapa musuh yang paling ketat kalau bukan manusia sendiri. Dalil pon ade tow..

Kadang2 aku nak mengungkapkan satu ayat tuh untuk jadi yang lebih lembut untuk orang yang mendengar.. itu pun.. aku dah susah hati. Takut orang sakit hati dengan aku. Takut orang marah dengan aku hanya dengan ungkapan yang keluar dari bibir aku. Apatah lagi manusia itu tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Walaupun terguris sedikit pon.. manusia itu tetap akan ingat ungkapan yang dia pernah dengar. Walhal, aku nih hanyalah manusia biasa saja. Allah cipta aku sebaik2 kejadian. Sebab tuh aku hadir kat atas dunia nih. Sebab Dunia nih sangat indah.. Allah cuma bagi ujian sedikit je.. Kenapa kau nak merungut?? Kenapa kau tak mampu lalui dengan penuh kesabaran?? Sedangkan Allah cipta sifat manusia itu perlu menghadapi semua dugaan yang ada di depan mata. Jangan sesekali toleh kebelakang hanya kerana kesilapan lalu. Hanya kerana sakit hati dengan manusia... Hanya kerana ego diri... Hanya kerana dendam dalam diri.. itu semua hanya mainan nafsu untuk kita jatuh bergolek seperti bola atas padang.


Lihat apa ada dalam hati kita??


Kenapa kau nak kalah dengan diri kau?? sedang kan.. kau sentiasa berkata kau berada diatas?? Aku cuma seorang kawan je. Bukan peneman di kala kau kutuk.. Bukan bermaksud aku tak boleh terima kutukan kau. Tapi setiap kutukan yang kau beri, aku bersyukur sangat. Aku mampu menilai diri aku dengan lebih baik.. [cam hampeh je puji diri seniri] Tapi sebaliknya, adakah kau bersyukur dengan apa yang kau ada??? adakah kau bersyukur dengan apa yang mereka kata mengenai kau??? Lagi kau kutuk lagi ada.. lagi kau bising.. lagi kau cerita pada orang lain.. itulah sifat manusia semulajadi.

"Ada yang baik..
Kita hanya nampak untuk seketika..
Ada yang buruk..
Itulah dimata kita sampai bila2.."

Itulah ungkapan yang aku terima dari kau. Aku terima sebab kau adalah kau. Kau tak mahu kalah. Jadi aku biarkan kau menang. Aku hanya mampu lihat dan mendengar sahaja. Selagi hayat aku masih ada, aku sentiasa maafkan kau. Aku hanya teman kau yang mungkin berbisa untuk seketika waktu.. Bila kau dah lemah.. aku suntik kembali semangat kau. Aku faham erti kawan.. kawan baik.. sahabat... tapi dimana aku nak letak kau dalam setiap erti itu??? Mungkin ada ruang untuk di kongsi dan mungkin tak ada ruang untuk di kongsi...




Aku bukan pinta untuk kau berubah. Sebab perubahan itu perlukan istiqamah yang daif. Aku cuma perlukan kau untuk selidik diri, Selidik kelemahan diri, selidik kemahuan diri, selidik bagaimana rupa diri.. kerana itu lebih baik dari kita mengeji orang lain. Mulut itu berbisa.. Mulut itu berbahaya.. Dan jangan sesekali membiarkan orang nampak kelemahan diri. Walaupun kau tak pernah menampakkan kelemahan kau.

Related Posts with Thumbnails