Isnin, 18 Oktober 2010

Aku Buntu.. Ya Rabbi..

Pada mulanya plan memang dah baik punyer la. Las skali.. semua jawapan yang aku dengar -NEGATIVE Siapa tak jadi buntu hanya kerana last minit. Biarpon masih ada masa lagi 1 bulan lagi. Aku sampai tak tahu nak berkata2.. tak tahu nak meluah.. Memang sakit bila dengar camnih. Tapi, kena ingat juga. Tak semestinya apa yang kita plan itu.. kita mampu laksanakan dengan baik dan sempurna seperti yang telah ditetapkan mahupon yang sudah dirancang.. betol tak..??

Aku tak tahu nak buat apa sekarang.. dalam hati ini rasa nak lepaskan semuanya sahaja dan pergi camtuh saja. Perasaan aku dah kondem untuk teruskan niat tuh. Bukan kerana orang lain. Tapi hilang keseronokan.. kegembiraan yang aku pernah cipta sebelom nih. hati aku mengharapkan yang terbaik untuk diri aku. Aku tak mahu ada yang malu hanya kerana RINGKASNYA PENTASNYA DUNIA. Bukan niat aku untuk menunjuk2.. membanggakan diri. Tapi untuk keprihatinan dalam semua situasi. Aku tak mampu mengungkap kata2 puitis yang mampu kau fahami. Aku tak mampu luahkan apa yang ada dalam isi hati ini. Aku tak mahu kau malu dengan mereka yang memandang kau. Aku mahu menutup segala kerendahan kau. Bukan erti aku memandang rendah terhadap kau. Tapi hati aku yang mahu kau sentiasa teratas.

Kini aku buntu... sehingga tebal muka aku untuk mengadap mereka. Aku hanya mahu membantu kau. Saat ini, hanya sedetik waktu sahaja yang mampu aku beli. Seluas keinginan yang aku mahu penuhi. Belom tentu semuanya mampu memberi kebahagian yang tenang dalam hati ini.

Kenapa aku tak seperti mereka yang lain..?? mampu mengeluarkan kata-kata dengan kesatnya.. dengan kasarnya.. sehingga yang mendengar terasa mendidih... terbakar hanya dengan kata-kata itu.. kenapa aku tidak boleh melakukannya..?? terlalu baikkah aku nih.. sehingga aku mudah di pijak oleh orang lain. Aku mengaku.. diri aku terlalu naif. Sebab didikan yang aku terima hanyalah bersabar. Dan sabar itu tiada had sampai bila-bila. Salahkan aku bersabar dengan karenah, perangai, kata-kata??? Salahkah aku untuk tidak meluahkan rasa pedih??

Ya Allah..
Aku hambamu yang sentiasa jahil dan lemah.
Aku malu mengadapmu Ya Rabbi...
Aku malu untuk meminta denganmu Ya Rabbi...

Sesungguhnya..
Aku mahukan ketenangan dalam hidup aku..
Aku mahukan kekuatan hati untuk terus hidup..
Aku mahukan petunjuk dari Mu
Agar hatiku sentiasa disisiMu..

Ya Allah..
Bantulah aku dalam kekuatan hati
Bantulah aku dalam keteguhan iman
Bantulah aku dalam kesabaran hati
Agar aku kenal diri aku yang sebenar

Amin Ya Rabbal 'alamin...

Related Posts with Thumbnails