Ahad, 8 Ogos 2010

Hati-Hati Dengan Kata-Kata Negatif Manusia…

Di dunia ini, sedia kita maklumi bahawa, ada pelbagai jenis manusia. Ada yang amat periang, ada yang selalu senyum, amat pemarah, ada yang suka syok sendiri, suka riak dan berlagak pandai, tidak mahu mendengar pendapat orang, ada yang hanya tahu berkata-kata tapi hipokrit dan sejuta satu perangai lagi.

Awak ingin mengulangi lagi seperti yang awak katakan dahulu lagi, segala apa yang awak tulis adalah pendapat dan pandangan awak je, tapi ia tidak semestinya betul dan perlu dipercayai dan diterima 100%. Awak baca dan nilailah dengan akal dan ilmu yang ada, bukan taqlid buta. Beringatlah selalu.

Di dalam perniagaan internet, kita sering menjumpai pelbagai jenis ragam manusia. Tatkala kita di peringkat awal memulakan perniagaan internet, kita banyak didatangi oleh mereka untuk memberikan nasihat kepada kita. Ada yang belum berjaya pun sudah mahu memberikan kita ‘peringatan’ dan nasihat, termasuklah yang sudah berjaya.

Ya, nasihat-nasihat ini amat bagus, teramat bagus sekali.

TETAPI, nasihat yang banyak, yang bercampur-aduk dan berbilang variasinya, akhirnya membuatkan seseorang yang menerima nasihat tadi bertambah keliru, “mana satu yang betul?”.

Si dia mengatakan A, yang lain mengatakan B dan pihak sana mengatakan C. Ada yang yang kata “ya”, ada yang kata “jangan”, ada yang kata “ok”, ada yang kata “benda tu tak betul”. Inilah pelbagai jenis pendapat manusia yang lain akal pemikirannya.

Sebagai contoh, katakan Ali bertanyakan satu soalan di forum: “macam mana nak mula ebiz ya?”. Maka, ramailah orang yang akan memberikan nasihat kepadanya. Beraneka jenis ‘nasihat’ dan pandangan:

“Awak buatlah affiliate dulu, mudah, kos rendah”.

“Buatlah adsense, dah ramai berjaya, lagipun mudah nak start”.

“Kalau tak nak ada produk sendiri, buatlah model dropship”.

“aku takat ni dah berjaya dalam ebiz buat servis jer. Buatlah apa yang kau mahir dan tahu..”.

“buatlah model produk digital macam ebook. Kos tak besar. Kalau tak tahu nak buat sendiri, gunalah produk RR, MRR dan PLR”.

Dan perhatikan pula pendapat negatif sebegini:

“Nak buat ebiz yer? First, tak perlu pergi seminar. Mengarut je banyak. Then, kau belajar je sendiri, tak perlu ada mentor. Benda kat internet ni banyak percuma!”.

“kau kalau nak buat duit kat internet, buat je model _ _ _ _ _ _ _. jangan mengada-ngada nak jual ebook ke apa”.

Dan banyak lagi pendapat-pendapat dan nasihat yang diberikan kepada si Ali. Pada mulanya beliau amat ‘excited’ dan bersemangat, namun akhirnya keliru yang diperolehi. Jalan terang yang mahu dicari, bersimpang-siur akhirnya.

Bukan tidak boleh bertanyakan pendapat di forum. Tetapi satu perkara yang perlu anda tahu, ia adalah tempat terbuka dan tiada sesiapa boleh menyekat seseorang ahli forum lain memberikan pendapatnya. Syarat yang perlu anda ada apabila mahu bertanyakan pendapat ramai orang, anda mestilah tahu memilih pendapat yang terbaik dan sesuai untuk anda.

TETAPI, andaikata anda seorang yang mudah lemah dengan pandangan yang negatif, mudah keliru dan tidak pandai memilih pendapat mana yang betul, maka nasihat saya, elakkan bertanya ramai orang.

Namun sifat biasa manusia, biasanya amat sukar untuk memilih dan membuat keputusan. Biasanya mudah keliru dan akhirnya masa terbuang begitu sahaja.

Penyelesaian?

Rujuklah satu pihak sahaja. Anda boleh bertanya kepada mana-mana usahawan internet yang telah ‘established’ mengenai permasalahan anda seperti apa yang perlu anda buat di saat awal permulaan. Mungkin anda boleh menyertai seminar mereka atau paling kurang hubungi mereka melalui emel atau membaca tulisan mereka (blog, buku, ebook..).

‘Established’ di sini bukan bermaksud sudah amat berjaya, tetapi mereka yang tahu apa yang perlu di peringkat awal. Ia sudah memadai. Kalau mahu merujuk mereka yang sudah berjaya, mungkin sedikit sukar melainkan anda membayar untuk masa mereka.

Dengan bertanya hanya pada satu pihak yang tahu apa yang patut untuk anda, ikutlah pandangan dan cadangan mereka. Tidak perlu lagi bertanyakan lain-lain orang dan pihak.

Hati-Hati…

Hatilah-hatilah di dunia ini. Begitu ramai yang berlagak pandai dan hanya tahu berkata-kata. Begitu ramai yang menyuruh orang berbuat itu dan ini, tapi dalam senyap dia sendiri melakukan yang bertentangan. Ini hipokrit namanya.

Hati-hatilah di dalam mendengar, membaca dan menerima pandangan manusia. Kadangkala ia terisi dengan niat yang jahat, kadangkala ia ikhlas dari dasar hati dan kadangkala ada niat lain di sebaliknya. Kita tidak dapat membaca apa niat dan tujuan mereka. TETAPI kita ada akal, ada keupayaan untuk menilai kata-kata mereka itu.

Nilailah dan nilailah dengan akal yang jernih sebelum menerima kata mereka. Jangan telan bulat-bulat dan jangan mudah terpedaya. Tak guna adanya akal kalau tidak mahu menilai dahulu.

Kata-Kata Negatif

Milikilah prinsip “percaya pada diri sendiri” dan sifat tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif manusia. Ingatlah satu pepatah, “kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang”. Jika anda lemah dan tiada prinsip yang teguh, anda mudah jatuh terbungkam apabila mendapat kata-kata yang begitu tajam.

Di dunia ini, kita begitu mudah mendapat sesuatu input yang negatif terutama daripada mereka yang tidak sukakan kita atau usaha yang dilakukan. Mereka akan berkata sesuatu dengan niat mahu menyakitkan hati kita, mahu melemahkan diri kita dan mengharap kita mengaku kalah.

Manusia sebegini memang ‘kotor’ hatinya kerana mahu melihat orang lain susah dan tidak mengerti bahawa dengan hanya kata-kata, mereka boleh memusnahkan hidup orang lain.

Jadi, hati-hati dengan kata yang negatif. Lindungilah diri anda dengan selalu berhubungan dengan mereka yang sama positif dengan anda. Jika anda seorang usahawan, selalulah berjumpa dan bersosial dengan usahawan yang lain. Wujudkanlah persekitaran yang lebih banyak ‘cas-cas positif’ agar yang negatif dapat dineutralkan.

Akhir sekali, “hati-hati dengan kata-kata negatif manusia. Ia mampu memusnahkan hidup anda”.

Bagaimana Orang Kurang Upaya itu??

Selama awak selami erti manusia, kehidupan.. awak akan berpikir kemungkinan yang akan berlaku. Setiap perilaku manusia kekadangnye, diluar jangkaan pemikiran manusia. Biarpon orang tuh blajo tinggi mane skalipon sampe satu tahap ade yang nak blagak apa yang die ade, stakat nak menunjok ade ijazah tak yah la nak blagak cam orang besar. awak bukan nak mengata, tapi nih la gelagat manusia kat dunia nih skank. Tajok awak kali nih pasal O.K.U. Kebiasaan kedudukan O.K.U nih, awak atau sesape je akan bagi muka.Sebab dorang nih ade kelemahan yang berbeza dengan awak yang normal. fizikal okyh..mental pon okyh..awak bersyukor sangat dengan ape yang awak ade skank.awak bersyukor ngat dengan kelebihan yang awak ade skank.Awak memang bangga sebab awak manusia yang besak2 jah. bukan awak sowang je yang akan banggga dengan kedudukan yang ade skank. ramai lagi kat luar sana yang bangga,megah dengan apa yang mereka miliki. Tapi kene ingat!!tak semua yang bangga dengan ape yang mereka miliki skank.Ade yang makan hati, hidop tak tenang, sengsara..macam2 lagi la.name pon manusia.

awak cuma nak story mory je sal seteng O.k.U nih.kekadang awak tak puas hati dengan tingkah laku mereka nih.O.K.U yang awak nak maksudkan, bukan dari azali mereka cacat. yang nih O.K.U yang pra matang nyew. selama ni awak bagi muka je sebab pikir awak tuh O.k.U. Awak ngalah je la. Kalu awak tak ngalah, mulut awak tuh la plak busuk. Tuh la masalahnye bagi awak.. Awak nih kire pak turut je kene penuhi permintaan awak. Bukan setakat awak je jadi pak turut, abeh semua awak jadikan hamba awak. umo dah tue..dah besau panjang masih tak sedar diri lagi. Awak tuh hanya tahu menyusahkan awak-awak yang ade kat sekeliling awak tuh je. awak memang tak puashati... O.K.U yang tak sedar diri. Bukan awak nak mengutuk, awak cuma kenal awak tuh sorang je O.K.U yang blagak pandai, menyusahkan awak-awak yang lain. Awak O.K.U yang suka mengambil kesempatan dengan kelemahan awak.

Yang nih lagi la awak bengang!!Dah lah demand tinggi. Elok-elok kijew, blagak nak gaji sampe rm2000. Awak tuh sape, masih tak puashati lagi ke dah la keadaan camtuh. qualification pon bukannye ade yang besh pon, stakat idop pengalaman kencing sane, kencing sini, putar belit sane, putar belit sini, tipu duit sane, tipu duit sini. Macam awak tak kenal awak tuh sape.. awak tuh dah banyak menyusahkan orang. Bila ada masalah, awak conteng abeh muka awak-awak yang ade. Awak lari kemana je yang awak nak. Ikot sesuka hati awak je.Sedar la sikit awak tuh O.k.U, Selama nih, awak-awak yang lain bagi muka je kat awak, kesian kat awak sebab awak tuh. keadaan awak tuh.. Agak-agak ar bila nak buat sesuatu. Dengki orang len bley hidop normal, awak tak bley. gtuh ka.. skank nih awak amek kesempatan dengan ape yang orang len bley buat. Bukan awak nak memperendahkan awak, tapi awak masih tak sedar2!! O.K.U len kalu suruh masak telor mate pon lulus lagi tow. Itu yang tak buta yang masih bley buat kije lagik, awak tuh bley dikire normal lagi. Cuma awak yang ngengade sangat!!! geram awak tengok awak. Rase nak smack je, bila ajak bergadoh bukan men ag nak dok depan. masih tak sedar diri lagi. bukan nak kate tak kesian kat awak tuh. kesian sesangat sangat. o.k.u pon stakat apa jah,pergerakan tak bleh gerak laju jah.nak highspeed tingi2 pon dah kompom tak bleh.akal bukan men ag blagak bijak.rase diri dah cam setaraf ngan Dr. mahathir dah. Padahal haprak, klentong sane sini..outa je lebih. Awak pon tak tahu la.bakpa awak tuh jadi lagu tuh.burok nye prange.kalu sok2 nak kawen, kompom mak mertua benci nengok.

Related Posts with Thumbnails