Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You Yatie
Happy Birthday To You..
(Versi Bahasa Melayu)
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Yatie
Selamat Hari Jadi..
Tak lupa juga buat kawan-kawan aku. Terima kepada kengkawan aku di FB yang bagi wish di hari lahir aku. Buat kengkawan yang stil cute & ensem ....
[ yang aku xsebut tuh..mintak maap yea.. terlupa kot ]
Skank umor aku makin meningkat. Memang la menggembiralan. Tetapi manusia itu perlu sentiasa beringat bahawa, pertambahan umur adalah petanda bahawa umur kita semakin pendek. Waktu kita semakin singkat. Berakhirnya semalam kita tak mampu nak kejar.
Abah ada pesan...
"Setiap percaturan hari, percaturan tahun, usia makin meningkat. Bukan bermakna makin kuatnya diri kita. Tetapi makin pendek usia kita. Jangan terlalu kejarkan dunia, kerana dunia binasa hati, jadi kejarlah akhirat, kerana memberi manfaat di hari-hari mendatang"
Kekadang aku pon tak perasan apa yang aku dah buat, apa yang aku lakukan, apa yang aku dah berkata... tulah. Manusia memang mudah lupa. Sebab tu manusia bukannya sempurna. Kekadang tu je, banggakan diri terasa diri terlebih sempurna. Macam la bagus sangat!! Lagi ada yang nak kutuk lagi ada. Hanya dengan sepotong ayat nih, mungkin aku boleh muhasabahkan diri aku. Sebab masih sempat lagi tuk aku berdoa, bersujud dan melakukan kebaikan. Mana yang baik.. ameklah.. Amek sebagai peringatan dan pedoman. Mana yang burok.. jangan diikutkan. Nanti punah hati tuh. Kebaikan payah untuk kita perolehi dengan hati yang redha. Tapi, keburukan... bila-bila kita boleh perkatakan, lakukan... Senangkan. Alhamdulillah.. masih bertambah lagi umur aku. Masih wujud lagi aku. Bersyukor aku kehadrat Ilahi kerana masih benarkan aku berdiri di atas muka bumi MU.
