Ahad, 17 Oktober 2010

Sesuatu yang Terbaik

"Sesuatu yang Terbaik" words yang semua orang pasti nak yang terbaik dalam hidup memasing. Aku pon nak yang terbaik dalam hidup aku. Siapa yang tak nak.. betul tak?? Tapi dah takdir aku untuk mengharungi semua ujian yang Allah beri pada aku. Memang sakit dan perit jugak lah. Lagi pun aku tak tahu nak ngadu ngan siapa... Ngan Allah je la tempat aku mengadu. Moga diberi kekuatan tuk aku lalui hingga akhir hayat aku. Aminn~~~

Aku suka imagine apa yang aku nak... Tapi aku tak mengharap untuk dapatkannya dengan camtuh saja. Sebab setiap kemahuan itu, tak semua dapat dipenuhi dengan sempurna. Sebab tu lah hidup tak pernah sempurna. Bagi aku, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang tak di ingini ataupun yang telah terjadi. Semua itu iktibar dan pengajaran bagi aku. Selagi ada hayat, ada tangan untuk menadah memohon dari Ilahi.. InsyaAllah.. setiap doa itu akan diperkenankan.

Jadi manusia senang.. Jadi orang susah. Banyak yang perlu difikirkan... dan kekadang tuh.. banyak yang menghalang dari aku melakukan apa yang aku suka. Apa yang aku impikan.. semua tuh berubah hanya kerana halangan. Kalau buat, tak dapat restu. Kalau tak buat, camnih lah diri aku. Aku tak boleh buat keputusan sendiri. Bila aku buat keputusan sendiri. Semua membantah dan aku perlu ikut cakap dorang. Sedangkan aku dah boleh fikir sendiri. Kenapa mereka masih anggap aku seperti keanakan2 yang merenget mintak sesuatu. Sedangkan aku mampu buat dan tunjuk depan dorang. Tak pernah ada kata2 semangat.. kata2 dorongan pon dari mereka. Memang sadey gak la..

Sebab tuh.. bila kita mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Belom tentu kita dapat ia dengan sempurna. Pasti ada kesakitan yang perlu aku rasai dengan perit. Itupun.. belom tentu juga aku boleh miliki.

Related Posts with Thumbnails